BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Sosiologi
merupakan satu kajian tentang proses dan hukum masyarakat yang berkenaan
dengannya atau lebih mudah difahami sebagai anggota masyarakat. Sosiologi adalah
himpunan pengetahuan asas tentang masyarakat serta tingkahlaku sosial mereka
secara lebih saintifik don berdisiplin. Ottoway (1964) mendefinasikan sosiologi
sebagai satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi berminat tentang perangai
kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia
yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih kepada
proses sosial sejagat.
Terdapat 3
jenis teori utama sosiologi iaitu teori konflik,teori interaksionisme simbolik
dan teori fungsionalisme. Teori fungsionalisme telah dipelopori oleh Auguste
Comte(1798-1857).Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi
dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.Ia juga memberi
fokus terhadap persefahaman ahli masyarakat untuk mencapai keharmonian dan
kestabilan.Antara implikasi teori ini terhadap pendidikan ialah ibu bapa ,pihak sekolah,
rakan sebaya dan media massa mesti memainkan peranan yang penting dalam
mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja pada masa kini untuk memastikan
suasana di dalam dan di luar sekolah
lebih harmoni.
Seterusnya,teori
konflik.Ia pula dipelopori oleh Karl Marx(1818-1883). Teori konflik ini
menganggap bahawa akan berlaku permasalahan di antara individu
dankumpulan-kumpulan di mana mereka akan cuba untuk mempertahankan idea atau
pendapatmasing-masing.Antara konflik yang berlaku dalam pendidikan ialah guru
juga diarahkan untuk melakukan tugas pentadbiran dan pada masa yang sama juga
mereka perlu menjalankan tugas mengajar.Dari
perspektif pelajar pula,mereka diberikan tekanan untuk mencapai sesuatu target
atau keputusan yang cemerlang oleh guru mahupun ibu bapa supaya mereka berjaya
kelak.Maka timbullah konflik dimana mereka perlu focus terhadap pelajaran dan
mengurangkan waktu bermain.
Akhir
sekali,teori interaksionisme simbolik. Teori ini dipelopori oleh George Herbert
Mead (1863-1931).Ia mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat yang
digunakan dalam interaksi manusia. Teori ini juga merupakan sisi lain dari pandangan
yang melihat individu sebagai produk yang ditentukan oleh masyarakat.Contohnya,membuat
kajian terhadap kecenderungan pelajar terhadap penyertaan permainan berdasarkan
jantina.Antaranya,pelajar perempuan lebih cenderung menyertai permainan
berasaskan kerjasama manakala pelajar lelaki lebih cenderung terhadap permainan
yang bercorak pertandingan.
Kesimpulannya,terdapat
perbezaan jelas antara teori-teori tersebut.Sebagai perbandingan,didapati
bahawa perkara yang diutamakan oleh ahli-ahli fungsionalisme dan konflik ialah
bagaimana cara untuk menyatukan masyarakat dan bagaimanakah perubahan sosial
berlaku.Oleh itu, sosiologi merupakan perkara yang penting di dalam kehidupan
kerana ia adalah asas yang sangat diperlukan dan perlu diketahui dari segi
menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat.
RUJUKAN:
Othman Abdul Rahman,Salhan Abdullah,Sapora Sipon. (2014).Sosiologi
Dalam Pendidikan.Negeri Sembilan:Universiti Sains Islam Malaysia.Diambil
daripada:http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/7079/1/Sosiologi%20Dalam%20Pendidikan%20EAS%20311325.pdf
Nur Faizah. Sosiologi dalam pendidikan. Diambil
daripada:https://www.academia.edu/29769591/Definisi_Dan_Konsep_Teori_Fungsionalisme
Udin. (2014). Interaksi Sosial Dalam Kehidupan Pendidikan
Dan Kemasyarakatan Ditinjau Dari Teori
Interaksionisme Simbolik. Diambil daripada:http://jurnaliainpontianak.or.id/index.php/alhikmah/article/view/74/68
BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
Interaksi ialah proses saling
tindakan antara individu dengan pihak yang lain atau alam sekitarnya. Menurut
Merriam Webster Online Distionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua
hala. Roestilah (1994 : 35 ) mengemukakan bahawa “interaksi iaitu proses dua
arah yang mengandungi tindakan atau perbuatan”. Zahra ( 1996 :91 ) mengemukan
bahawa “Interaksi merupakan kegiatan timbal balik.Dalam konteks
pendidikan,interaksi dalam bilik darjah boleh ditinjau daripada dua sudut iaitu
interaksi antara individu dan interaksi di antara individu dengan alam sekitar.
Manakala pembelajaran boleh didefinisikan sebagai perolehan maklumat dan
pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan
kepercayaan.
Terdapat beberapa jenis interkasi di dalam bilik darjah iaitu interaksi satu hala. Interaksi ini berpusatkan kepada guru dan tiada interaksi berlaku di antara murid dengan guru. Jenis interaksi ini sesuai digunakan apabila guru ingin menerangkan tentang sesuatu topik pembelajaran yang tidak memerlukan murid untuk memberi respon secara langsung. Berdasarkan interaksi satu hala,terdapat banyak cara untuk memastikan agar interaksi tersebut sesuai untuk dijalankan.Antaranya ialah,guru-guru hendaklah menyusun bahan pengajaran dengan teratur,ini kerana dalam interaksi ini,pelajar hendaklah menerima apa sahaja ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk arahan atau penerangan tanpa sebarang bantahan.Oleh itu,penyusunan bahan pengajaran yang baik dan berkualiti dapat membantu pelajar untuk memahami apa yang dipelajari. Sebagai contoh,guru boleh menyediakan bahan-bahan tambahan seperti gambar rajah,video,ringkasan dan sebagainya.Hal ini dapat meningkatkan lagi kefahaman terhadap pelajar dalam sesuatu pengajaran.
Seterusnya,interaksi dua hala. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi interaksi dua hala ini bercorak aktif dan bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara guru dan murid. Guru juga harus memastikan bahawa murid menglibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Jenis interaksi ini sesuai diaplikasikan si dalam kelas sekiranya guru sedang melakukan sesi perbincangan atau sesi soal jawab. Contohnya, guru mengarahkan para pelajar untuk memberikan kertas kerja kepada para pelajar dan seterusnya membincangkan jawapan soalan tersebut bersama-sama dengan pelajar di dalam kelas. Hal ini dapat meningkatkan lagi keberkasan untuk para pelajar memahami sesuatu pelajaran tersebut.Selain itu,para pelajar juga hendaklah diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka dan guru tersebut hendahlah memberi komen terhadap pendapat tersebut.Oleh itu,guru juga dapat mengetahui tahap kefahaman setiap pelajar dan sekaligus dapat memperbaiki atau memberi penerangan yang lebih lanjut terhadap mereka.
Akhir sekali,interaksi kumpulan. Interaksi ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi ini juga berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan seperti membuat projek, perbincangan dan simulasi. Kerja secara berkumpulan ini diwujudkan supaya pelajar dapat berinteraksi dengan ahli kumpulan semasa sesi perbincangan dijalankan.Berdasarkan interaksi kumpulan pula,guru-guru hendaklah membantu pelajar dengan menyediakan bahan-bahan atau persoalan yang perlu diselesaikan dalam kumpulan.Selain itu,guru-guru juga hendaklah membimbing pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan tersebut.Ia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi ini juga berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan seperti membuat projek, perbincangan dan simulasi.
Kesimpulannya, interaksi yang
berkesan dapat mengeratkan perhubungan antara guru dengan para pelajar. Perhubungan
antara guru dengan pelajar yang mesra adalah sangat perlu dititkberatkan kerana
ianya sangat mempengaruhi penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Interaksi
berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah aspek penting dan perlu
dititikberatkan kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan
ilmu pengetahuan kepada para pelajar.
RUJUKAN:
https://www.slideshare.net/puterifasya/interaksi-dlm-pngurusan-pembljrn
https://www.academia.edu/18918604/Pengertian_interaksi_dalam_pembelajaran
https://nasriaika1125.wordpress.com/2013/09/28/interaksi-dalam-pembelajaran/
BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
Pengurusan dapat didefinisikan
sebagai proses merancang,mengelola dan memimipin serta mengawal daya usaha
ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai
matlamat-matlamat yang ditentukan(Stoner,1984). Pembelajaran adalah proses
interaksi peserta didik dengan pendidik agar berlakunya proses pemerolehan ilmu
dan pengetahuan atau penguasaan kemahiran atau pembentukan sikap dan
kepercayaan pada peserta didik.
Tiga isi penting yang telah saya
pelajari dalam topik ini ialah berkaitan dengan strategi pengurusan
pembelajaran di sekolah iaitu berpusatkan guru,berpusatkan pelajar dan
berpusatkan bahan.Strategi pengurusan pembelajaran berpusatkan guru dapat
dilihat apabila guru mempunyai kuasa dan mengawal sepenuhnya proses pengajaran
dan pembelajaran(PdP).Gambaran yang dapat dilihat untuk kaedah ini seolah-olah
guru memberi kuliah di hadapan kelas dan pelajar hanya mendengar syarahan di
tempat masing-masing.Sebagai contoh,guru memberikan kuliah
penuh,penghafalan,menyalin nota,membuat latihan yang diberikan.
Seterusnya,strategi pengurusan
pembelajaran berpusatkan pelajar.Kaedah ini lebih memberi peluang kepada
perkembangan pelajaran pelajar secara individu.Guru pula akan memberikan
pilihan kepada pelajar untuk menentukan apa yang mereka ingin pelajari.Hal ini
akan mewujudkan kolaborasi dengan membina pengetahuan dan persekitaran yang
positif.Kaedah ini dapat melahirkan pelajar yang aktid dan melatih mereka untuk
bertanggungjawab atas pembelajarannya.
Akhir sekali,strategi pengurusan
pembelajaran berpusatkan bahan.Kaedah ini memfokuskan kepada penggunaan bahan untuk
menjalankan pengajaran dan pembelajaran(PdP).Guru juga perlu menyediakan bahan
pengajaran yang sesuai dengan topik yang ingin diberikan kepada pelajar supaya
dapat meningkatkan lagi tingkat kefahaman mereka.Secara tidak langsung,guru
akan menjadi pembimbing bagi menjalankan kaedah ini.
Kesimpulannya,pengurusan pembelajaran
yang efektif sangatlah penting bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran(PdP).Oleh itu,guru dan pelajar mestilah saling bekerjasama dalam
menjayakan setiap strategi yang dijalankan agar segala objektif pembelajaran
tercapai.
RUJUKAN:
Dr. Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran
Dan Pembelajaran; Penelitian Semula Konsepkonsep Asas Menurut Perspektif
Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. Universiti Malaysia Kelantan.
Raedah Binti Md
Amin. (2013). Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Rendah
Kebangsaan Di Zon Bandar Daerah Kota Tinggi. Universiti Teknologi Malaysia.
BAB 4:KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
Kepimpinan boleh
didefinisikan sebagai Satu proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha
menetapkan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi (Stogdill,1950).Menurut
Kellermen(1984) kepimpinan merupakan satu proses di mana seorang individu
secara konsisten memberi lebih banyak impak terhadap sifat dan aktiviti
kumpulan berbanding orang lain.Manakala organisasi pula merupakan sekumpulan
individu yang bekerjasa secara bersama-sama untuk mencapai matlamat yang
sama.Ia merupakan sesuatu yang mempunyai struktur organisasi atau pembahagian
kerja.
Terdapat beberapa
jenis gaya kepimpinan yang telah saya pelajari dalam tajuk ini iaitu gaya
autokratik,demokratik dan Laissez-faire.Gaya kepimpinan autokratik merupakan
satu cara pengurusan dan pentadbiran yang
melibatkan komunikasi satu hala tanpa ada apa-apa persoalan. Gaya
kepimpinan ini memfokuskan kepada seseorang yang memberi arahan dan semua
keputusan hanya dibuat oleh dirinya seorang.Dalam konteks pendidikan,gaya
kepimpinan autokratik sesuai digunakan apabila seseorang guru tersebut memberi
arahan kepada pelajar untuk melakukan atau menyiapkan sesuatu tugasan.Hal ini
akan melatih pelajar untuk lebih patuh terhadap arahan yang diberikan.
Selain itu,gaya
kepimpinan demokratik pula merupakan bentuk kepimpinan yang mengutamakan
perbincangan,mengutarakan pendapat dan menerima pendapat orang lain yang mana
keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kehendak majoriti.Dalam hal ini,orang
bawahan akan merasa dihargai dan memberi peluang kepada mereka untuk memberi
pendapat.Dalam konteks pendidikan pula,ia amat sesuai digunakan dalam
pengurusan dan pentadbiran sekolah di mana guru-guru diberikan peluang
memberikan pendapat berkaitan hal-hal sekolah.Hal ini akan melahirkan guru-guru
yang bersifat percaya diri dan profesional.
Akhir sekali,gaya
kepimpinan Laissez-faire merupakan sejenis gaya kepimpinan yang memberi
kebebasan penuh kepada kakitangannya dalam segenap aspek. Apa yang dipentingkan
oleh pemimpin jenis ini adalah mereka berjaya mencapai sesuatu matlamat yang telah
dipersetujui bersama.Dalam konteks pembelajaran,gaya kepimpinan ini sesuai
digunakan oleh guru apabila diberi tugas untuk mengajar pelajar yang
berdisiplin,mempunyai kawalan diri,inisiatif dan rajin belajar.
Kesimpulannya,setiap
guru hendaklah mempelajari dan mengkaji sesuatu keadaan atau situasi
penagajaran dan pembelajaran(PdP) dan menyesuaikan dengan gaya kepimpinan yang
bersesuaian.Oleh itu,ia akan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan
dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
RUJUKAN:
Baharuzaini
Baharin, Muhammad Hisham, Mohd Hanif, Mohd Norhisyam, Azlin Norhaini Mansor.
(2016). Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Tahap Efikasi Guru. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
BAB 5:PENGURUSAN MURID
Jaafar Muhammad (1998)
mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input
organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan
pengawalanbagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmtan) yang diperlukan
oleh pelanggan supayaobjektif organisasi tercapai.Pengurusan murid pula
merupakan salah satu bahagian terpenting dalam menguruskan pentadbiran
sekolah.Hal ini demikian kerana ia dapat mempengaruhi keberhasilan sekolah
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam segala aspek.
Siti Nurliyana (2015) menyatakan bahawa
kesediaan merujuk kepada satu bentuk proses yang melibatkan pengintegrasian
aspek fizikal, mental dan emosi seseorang murid semasa melaksanakan sesuatu
tindakan. Terdapat tiga jenis kesediaan pembelajaran yang telah saya pelajari
dalam tajuk ini,antaranya ialah kesediaan kognitif,afektif dan
psikomotor.Kesediaan kognitif merujuk kepada kesediaan mental untuk aktiviti
seperti berfikir, menaakulan, menganalisis, mensintensis dan menilai.
Persediaan ini merangkumi persediaan mental, yang penting bagi pelajar untuk
memahami dan memikirkan apa yang akan mereka pelajari dalam proses PdP.Oleh
itu,guru hendaklah memeastikan pelajar telah bersedia dari aspek asas
matapelajaran bagi memastikan proses PdP berlangsung dengan baik.
Seterusnya,kesediaan
afektif pula merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan dan
minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut
Stanford (1971), pembelajaran yang berkesan adalah dipengaruhi oleh sikap
pelajar dan bukan bilangan kali seorang pelajar mengulang kaji bahan
pelajarannya. .Hal ini perlulah menjadi satu titik ukur kepada seorang guru
sebelum atau semasa proses PdP dijalankan dengan memerhatikan tingkah laku dan
tindak balas setiap murid di dalam
kelas.Antara cara yang boleh dilakukan ialah
menyediakan bahan pengajaran dalam pelbagai bentuk contohnya
video,gambar,objek,lukisan dan sebagainya.Hal ini dapat meningkatkan
minat,semangat dan ketekunan seseorang murid.
Akhir sekali,kesediaan
psikomotor merupakan kesediaan seseorang murid untuk melakukan sebarang
tindakan fizikal dalam proses pembelajaran.Selain itu,ia juga bermaksud
seseorang yang mempunyai potensi dan fizikal yang melibatkan otot,tulang
anggota serta pengawalan pergerakan badan.Kesediaan ini juga bergantung kepada
kesediaan kognitif dan afektif murid.Ianya mudah dilihat apabila pelajar
menjalani proses PdP bagi subjek pendidikan jasmani, kemahiran hidup dan
permainan alat muzik,guru juga dapat mengenalpasti tahap kesediaan
psikomotor.Hal ini kerana setiap matapelajaran tersebut memerlukan tenaga dan
pergerakan yang tinggi berbanding matapelajaran yang lain.
Kesimpulannya,kesediaan
pembelajaran merupakan satu aspek yang penting dalam memastikan pencapaian objektif
bagi setiap matapelajaran yang diajarkan. Maka dengan itu, guru haruslah
memainkan peranan yang sangat penting untuk meningkatkan tahap kesediaan
belajar murid dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) supaya mereka dapat
membina keyakinan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
RUJUKAN
Haslina Binti
Hanapi. (2013). Pembinaan Instrumen Kesediaan Belajar Awal Kanak-Kanak
(Ikbak). Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Tuan Rahayu
Tuan Lasan,Mohd Aderi Che Noh,Mohd Isa Hamzah. (2017). Pengetahuan, Sikap
dan Kesediaan Murid Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Mata
Pelajaran Tasawwur Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
BAB 6:PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bermaksud
satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli
untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi atau kumpulan. Berdasarkan
perspektif ekologi, bilik darjah merupakan persekitaran yang terdiri daripada
sekumpulan pelajar dan guru yang terlibat dalam aktiviti berbentuk pendidikan
untuk mencapai keberhasilan pelajar (Doyle 1986). Ia juga merupakan medan
perjuangan utama kerjaya seseorangguru (Leonard & Karen, 1996).Dalam
konteks pendidikan,pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah boleh
ditakrifkan sebagai semua tindakan gurumengendalikan kelas supaya mewujudkan
suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran (Lee Shok Mee (1955).
Antara topik yang
saya pelajari dalam tajuk ini ialah kaedah pengajaran berkumpulan.Kaedah
pengajaran ini memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Perbincangan kumpulan adalah satu kaedah pengajaran yang melibatkan
bentuk kuliah kelas diubahsuai.Kaedah ini boleh dibahagikan kepada beberapa
jenis kumpulan.Yang pertama,kumpulan mengikut kebolehan,ia terdiri daripada
pelajar yang mempunyai kebolehan yang sama.Dalam hal ini,guru dapat memerhati
dan mengambil kira pencapaian murid dalam PdP dan membahagikan mereka mengikut
kebolehan kepada beberapa kumpulan.Hal ini dapat membantu pelajar dalam
menguasai suatu kemahiran dalam matapelajaran.
Seterusnya,kumpulan
yang mempunyai pelbagai kebolehan.Kumpulan ini terdiri daripada pelajar yang
memiliki kebolehan yang berbeza-beza. Setiap kumpulan
terdiri daripada murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada
yang pandai membaca, ada yang pandai melukis, dan ada juga yang aktif dalam
kerja-kerja praktikal.Guru juga dapat memerhati kebolehan yang tersendiri yang
ditunjukkan oleh pelajar,oleh itu,pelajar tersebut dapat membantu pelajar yang
lain dengan kebolehannya itu.Kumpulan ini pula dapat dibentuk dengan tugasan
yang diberi.
Akhir sekali,kumpulan
mengikut minat.Guru hendaklah memastikan minat yang dimiliki oleh setiap
pelajar dan membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan.Kumpulan ini juga
boleh bersifat kekal atau sementara berdasarkan kehendak guru dan pelajar dan
keperluan berdasarkan aktiviti.Antara contoh matapelajaran yang menggunakan
kaedah ini ialah matapelajaran seni dan muzik.Hal ini dapat membantu pelajar
meningkatkan lagi penguasaan mereka dalam matapelajaran tersebut.
Kesimpulannya,pembahagian kumpulan yang disebut dapat mempengaruhi
pembelajaran bagi setiap pelajar.Oleh itu,guru hendaklah peka dan teliti
terhadap kebolehan dan minat setiap pelajar agar dapat membantu mereka dalam
menguasai setiap matapelajaran.
RUJUKAN:
Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman. (2019). Pengurusan Bilik Darjah Guru Baharu yang Mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB). Jurnal Pendidikan Malaysia
BAB 7: PENGURUSAN SUMBER
PEMBELAJARAN
Pengurusan bermaksud
perihal mengurus sesuatu yang melibatkan cara mengurus, selok belok kerja dan
tanggungjawab pengurus orang yang melaksanakan. Sumber
pembelajaran secara umumnya merujuk kepada teks, video, perisian, dan bahan-bahan
lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran.Selain
itu,kepakaran dan profesionalisme guru mempengaruhi penilaian sumber pelajaran.
Terdapat banyak topik
penting yang telah saya pelajari dalam tajuk ini,antaranya ialah cara
penggunaan sumber pembelajaran.Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan
elemen penting yang memudahkan komunikasi antara guru dengan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.Terdapat pelbagai cara yang perlu digunakan
iaitu penggunaan sumber pembelajaran yang sesuai dengan situasi
pembelajaran.Guru hendaklah memastikan keperluan dan kehendak topik
pembelajaran yang akan diajarkan dan menyesuaikannya dengan sumber pembelajaran
dengan baik.
Seterusnya,topik yang
telah saya pelajari ialah komponen pembelajaran
berasaskan sumber.Terdapat beberapa komponen yang boleh digunakan oleh guru
untuk memastikan segala maklumat yang disampaikan kepada pelajar adalah
tepat.Antaranya ialah,buku teks, aktiviti penelitian
pencarian bahan dari pelbagai sumber, latihan penyelesaian masalah dan penggunaan alat pandang dengar.Komponen-komponen
tersebut merupakan salah satu sumber pembelajaran yang penting dalam memastikan
segala objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai.
Akhir sekali,topik
yang telah saya pelajari ialah kepentingan sumber pembelajaran.Antara
kepentingannya ialah merangsang pemikiran pelajar di
samping meningkatkan kreativiti dan keseronokan pelajar terhadap pembelajaran.
Signifikannya penggunaan sumber ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
dilihat kerana ia mampu merangsang perkembangan murid merangkumi segala
aspek.Hal ini dapat membantu pelajar untuk lebih mendalami pengetahuan mereka
terhadap subjek yang dipelajari.
Kesimpulannya,sumber
pembelajaran perlulah diuruskan dengan teliti dan teratur oleh setiap guru agar
dapat memastikan segala bahan pembelajaran yang digunakan tepat dan sesuai
mengikut segala situasi.Selain itu,sumber pembelajaran yang sesuai dapat
memberi rangsangan dalam mewujudkan situasi pembelajaran yang bermakna.
RUJUKAN:
Segaran A/L
Shanmugam. (1996). Penggunaan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Bilik
Darjah Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan.
Universiti Putra Malaysia.
BAB 8:STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH
Bilik darjah
merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan
tanggung jawab.Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru
(Leonard & Karen, 1996). Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak
melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan.Guru juga hendaklah
bekerjasama dengan sentiasa memberi penekanan terhadap pengurusan bilik darjah
kerana ia merupakan tempat yang selalu digunakan untuk menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran(PdP).
Untuk memastikan
pengurusan bilik darjah mencapai tujuan dan diuruskan dengan baik,guru
hendaklah melakukan strategi bagi menjayakannya.Antaranya ialah pembentukan
interaksi dalam bilik darjah.Terdapat pelbagai aspek yang perlu diambil berat
oleh setiap guru,antaranya ialah keadaan emosi bilik darjah.Guru hendaklah
menghidupkan suasana bilik darjah agar dapat mengelakkan emosi yang tidak baik
dalam kalangan pelajar.Antara contoh yang boleh dilakukan ialah guru
menggunakan suara yang jelas,menunjukkan sikap yang positif dan tidak membawa
masalah rumah tangga ke dalam bilik darjah.Hal ini akan membantu pelajar
mengawal emosi mereka ketika sesi PdP.
Seterusnya,guru
hendaklah menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai.Hal ini dapat membantu guru
untuk mengawal sesi PdP agar dapat menyampaikan ilmu dengan baik.Terdapat tiga
gaya yang boleh digunakan oleh guru iaitu interaksi
sehala(autokratik),interaksi dua hala(demokratik) dan kebebasan penuh diberikan
kepada pelajar (Laissez-faire).Guru hendaklah bijak dalam memilik gaya
kepimpinan mengikut keadaan yang sesuai.Sebagai contoh,guru boleh menggunakan
gaya autokratik apabila hendak memberikan apa-apa arahan kepada pelajar.
Akhir sekali.strategi
yang boleh digunakan untuk menguruskan bilik darjah ialah menggunakan alat
bantu mengajar berteknologi.Berdasarkan perkembangan teknologi masa
kini,terdapat banyak urusan dan kerja yang memudahkan manusia dengan penggunaan
teknologi tersebut.Oleh itu,dalam konteks pendidikan,terdapat banyak alat bantu
mengajar yang sudah dinaiktaraf untuk membantu guru dan
pelajar.Contohnya,slaid,pita video,rakaman dan lain-lain.Hal ini dapat memudahkan
lagi proses PdP dan menambah minat pelajar.
Kesimpulannya,strategi
pengurusan bilik darjah merupakan satu aspek yang penting bagi melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran(PdP).Oleh itu,guru-guru hendaklah bijak
dalam menguruskan bilik darjah dan sentiasa meningkatkan profesionalisme bagi
memudahkan proses pengajaran.
RUJUKAN:
Mohd Hasani Dali,Mohamad Johdi Salleh. (2009). Pengurusan Bilik
Darjah. Universiti Utara Malaysia, International
Islamic University Malaysia.
Baharuzaini Baharin, Muhammad Hisham, Mohd Hanif, Mohd Norhisyam,
Azlin Norhaini Mansor. (2016). Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Tahap Efikasi
Guru. Universiti Kebangsaan Malaysia.
BAB 9: PENGURUSAN
TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
Tingkah Laku adalah
apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, tingkah laku bermaksud gerak geri,
kelakuan dan perbuatan. Menurut Lewis M. Baker (2001)
tingkah laku bermaksud sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus
atau tidak, secara sedar atau separa sedar.Carl Rogers (1999) menekankan
seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan.
Menurut Fathoni (2006) disiplin adalah kesedaran dan persediaan
seseorang untuk mematuhi semua peraturan
dan norma-norma sosial yang berlaku.
Terdapat beberapa
teori punca salah laku pelajar yang telah saya pelajari dalam tajuk ini. Terdapat
beberapa teori yang dapat dikaitkan dengan salah laku pelajar iaitu teori
fungsionalisme,teori konflik dan teori interaksionisme.Yang pertama, teori fungsional mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan struktur
terutama berkaitan struktur masyarakat.Teori ini menganggap devian sebagai kegagalan
pada struktur sosial. Devian adalah satu bentuk gangguan
disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di
sekolah.
Seterusnya,teori
konflik juga menjadi teori punca salah laku pelajar.Berdasarkan teori
ini,devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak yang menindas.Antara
contoh perkara yang berlaku di sekolah ialah,sesetengah pelajar menganggap
bahawa guru hanya memberi focus terhadap pelajar yang cemerlang sahaha.Hal ini
akan mewujudkan ketegangan dan stres dan akan menyebabkan pelajar mula untuk
melanggar peraturan sekolah.Sosio ekonomi dan budaya yang berbeza juga
mempengaruhi pencapaian pelajar
Akhir sekali,teori
interaksionisme.Berdasarkan teori ini, devian
merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja
memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka
mentafsirkan sesuatu situasi. Sebagai
contoh,pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil
menyebabkan mereka melakukan devian.
Kesimpulannya,guru-guru hendaklah memainkan peranan penting dalam memastikan
tiada salah laku disiplin yang berlaku.Selain itu,guru hendaklah menangani
masalah devian yang berlaku dalam kalangan pelajar secara professional.Guru
juga hendaklah berlaku adil kepada setiap pelajar mereka agar tidak berlakunya
tingkah laku yang tidak diingini dalam kalangan pelajar.Oleh itu,ia dapat
membantu pihak sekolah untuk memastikan setiap pelajar dapat belajar dengan
baik tanpa timbul apa-apa perkara berkaitan salah laku disiplin.
RUJUKAN:
Hairul Nurasyikin Binti Haron. (1995). Disiplin Pelajar Daripada
Perspektif Teoristructural-Fungsional. Sosiologi
Pendidikan Dalam PTV.
Ang Jit Eng. (2007). Pengurusan disiplin murid. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing.
BAB 10: PENGURUSAN
PENASIHATAN MURID
Pengurusan penasihatan
murid merupakan satu aspek yang dititikberatkan dalam pengurusan setiap
sekolah.Sekolah merupakan tempat dimana segala ilmu matapelajaran diajar,namun
ia juga berfungsi sebagai penasihat kepada pelajar.Hal ini kerana guru tidak
hanya diberikan tanggungjawab untuk mengajar matapelajaran namun mereka juga
menjadi penasihat untuk membimbing pelajar dalam segala hal.Menurut Zuraidah
(1994), konsep pengurusan penasihatan murid terdidiri daripada tiga komponen
utama iaitu bimbingan, mentoring dan penasihatan.
Komponen yang
pertama ialah bimbingan.Ia merupakan suatu proses untuk membantu individu
membuat keputusan yang tepat dan memberi kesan kepada kehidupan mereka . Dalam konteks sekolah pula,ia merupakan suatu konsep yang
berkaitan dengan cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan
pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al. 2006). Ia juga
merupakan bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam
membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan
mereka.
Seterunsya,komponen
penasihatan.Ia bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara
ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. Zuraidah (1994)
berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa
memikirkan perasaan individu yang terlibat.Kaedah ini memfokuskan kepada
permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada individu yang
bersalah.Selain itu,ia lebih menjurus kepada bentuk arahan atau suruhan.Hal ini
dapat menjadi kaedah terbaik dalam menyelesaikan masalah.
Akhir
sekali,komponen mentoring merupakan kaedah yang efektif untuk memaksimakan
potensi individu. Sarah Fletcher (2000) pula
mengatakan mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya
beliau dapat melalui satu transisi sukar
dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan,
menyakinkan di samping mengurus dan
mengarahkan.Konsep ini berasakan bimbingan dan panduan khususnya dalam
menyediakan diri mereka untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dan berdaya
saing.
Kesimpulannya,guru-guru hendaklah bijak dalam melakukan tugas di sekolah
dimana mereka perlu fleksibel menukar peranan sebagai pengajar kepada
pembimbing dan penasihat. Sebagai seorang guru juga, sikap profesional dalam
menangani isu dan masalah pelajar sangat diperlukan agar pelajar dapat
memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalahnya.Hal ini dapat meningkatkan
lagi hubungan dan kepercayaan antara pelajar dan guru.
RUJUKAN:
Azurah Razak. (2013). Pengurusan penasihatan murid.
Zuraidah Abdul Rahman. (1994). Kaunseling dalam pengurus.
Kuala Lumpur Times
BAB 11: PENGURUSAN
PELBAGAI BUDAYA
Stavenhagen (1986)
berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek
yangmeliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada
kecenderungan danmemberi kefahaman di antara sesama kaum.Kepelbagaian budaya
juga melibatkan pemahaman,penghargaan dan penilaian terhadap budaya individu atau
etnik masyarakat.Dalam konteks pendidikan pula,kepelbagaian budaya merupakan
idea yang melihat semua pelajar dengan hak kesamarataan untuk menjalani pembelajaran
dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi agama,budaya,etnik,jantina dan
kriteria lain.
Terdapat tiga isi
penting yang telah saya pelajari berkaitan teori sosial pendidikan pelbagai
budaya.Antaranya ialah teori Anglo Conformity,ia bermaksud masyarakat
yang terdiri daripada individu dengan pelbagai latar belakang agama, etnik,
bahasa, dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan.Seterusnya,teori
Ethnic Synthesis,ia bermaksud setiap individu dalam suatu masyarakat
dengan pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya
membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki
oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut.Akhir sekali, Cultural Pluralism , ia bermaksud masyarakat
yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang
agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan
identiti budaya mereka secara demokratik.
Selain itu,isi
penting yang telah saya pelajari dalam tajuk ini ialah Dasar Pendidikan
Pelbagai Budaya Di Malaysia.Dasar ini memfokuskan agar masyarakat Malaysia
disatukan di bawah satu bumbung pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya
tanpa mengira kaum.Dalam sesebuah institusi pendidikan ,elemen-elemen
pendidikan pelbagai budaya boleh diterapkan dalam didiplin-disiplin
matapelajaran tertentu sebagai satu usaha untuk mempromosikan kesedaran,sensitiviti,saling
menghormati dan suasana harmoni antara pelajar pelbagai budaya untuk mencapai matlamat
keadilan dan perpaduan dalam masyarakat (Temple and Stazs,2002).Generasi muda
sewajarnya dididik dan diberikan kefahaman tentang kehidupan mereka dalam
masyarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya,
Akhir sekali,isi
penting yang telah saya pelajari dalam tajuk ini ialah ciri-ciri guru berkesan
dalam pendidikan pelbagai budaya.Terdapat banyak ciri yang boleh dicontohi oleh
semua guru antaranya ialah guru yang bersikap jujur dan menghargai alternatif
budaya seperti bahasa ,kepercayaan ,nilai dan tingkah laku.Hal ini dapat
melahirkan perpaduan antara guru dan pelajar dimana mereka akan saling
menghargai antara satu sama lain.Selain itu,guru hendaklah berlaku adil dan
bersifat terbuka dalam melakukan apa jua perkara di dalam mahupun di luar
sekolah.Ini kerana sikap ketidakadilan akan menimbulkan konflik yang tidak
diingini.
Kesimpulannya,guru merupakan
asset penting dalam memastikan pendidikan pelbagai budaya ini dapat membantu
pembentukan sahsiah pelajar.Oleh itu,guru haruslah berusaha dalam membantu
pelajar menangani masalah yang dihadapi tanpa mengira agama,kaum dan bangsa.
RUJUKAN:
Dr Ahmad Ali Bin Seman ,Warti bt Kimi
,Saipo bin Ayub. Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya)
dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnikdari Perspektif Islam : Satu pandangan.
Zulkifli Dahalan, Hazri Jamil. (2011). Pendidikan Pelbagai Budaya
Untuk Merealisasikan Negara Bangsa ‘1 Malaysia’ Perspektif Islam dan Barat. Esteem
Academic Jurnal.
BAB 12: PENGURUSAN
MURID PELBAGAI UPAYA
Semua insan di dunia
ini mempunyai hak untuk menerima pembelajaran dan mengetahui sesuatu.Adam
Salleh (2003) menyatakan, pendidikan adalah hak asasi semua manusia. Menurut
Khairul Yusri (2007) pelbagai upaya adalah, perbezaan pelajar adalah dari segi
ketaksamaan aspek pembangunan dan perkembangan secara fizikal, mental, emosi
dan keupayaan dalam kalangan pelajar.Terdapat pelbagai tindakan yang dijalankan
bagi memastikan pelajar tersebut mendapat hak mereka dalam bidang pendidikan.
Antara topik penting yang
telah saya pelajari dalam tajuk ini ialah konsep pemulihan.Ia merupakan
tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran
dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Terdapat juga program pemulihan yang merupakan satu pendekatan bagi mengatasi murid-murid
yang mengalami kelemahan kemahiran yang tertentu. Perhatian guru yang serius dalam memenuhi tuntutan murid ini dapat
membantu mengembangkan potensi dan meningkatkan keyakinan murid tersebut untuk
bersaing dengan rakan mereka yang cerdas.
Seterunya,topik penting yang telah saya
pelajari ialah gaya pembelajaran.Terdapat tiga jenis gaya pembelajaran ataupun
lebih dikenali sebagai Model VAK iaitu visual, auditori dan kinestetik.Gaya
visual dapat membantu murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks
berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan computer.Manakala,gaya
auditori pula murid dapat belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan
lisan.Akhir sekali,gaya kinestetik,murid dapat belajar dengan baik melalui
pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah.Dalam
hal ini,guru perlulah mengambil kira semua aspek pembelajaran dengan
menyesuaikan mengikut keadaan tertentu.
Akhir sekali,topik
penting yang telah saya pelajari ialah konsep pengayaan. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas
pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar
waktu persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan
dan pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.Tujuan
pengayaan adalah untuk menambah minat murid dalam membantu mengembangkan diri dan bakat mereka.
Kesimpulannya,kita
dapat lihat bahawa pemulihan,gaya pemebelajaran dan pengayaan saling
berkait.Oleh itu,guru-guru hendaklah bersikap kreatif dan inovatif dalam proses
PdP dan memberikan pendidikan kepada murid mengikut tahap mereka.
RUJUKAN:
Azizi Bin
Yahaya , Syazwani Binti Abdul Razak. Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran Dan
Kaedah Pengajaran. Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Rasid
Jamian. Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid
Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Sekolah adalah
suatu lembaga yang digunakan untuk kegiatan belajar bagi para pendidik serta
menjadi tempat memberi dan juga menerima pelajaran yang sesuai dengan
bidangnya. Sekolah juga selalu dikenali sebagai
pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak .Jarzabkowski
(2002) menyatakan bahawa persekitaran sekolah bermakna semua keadaan, sumber
dan aktiviti saling bersepadu secara langsung atau tidak langsung yang memberi
kesan kepada fungsi sekolah.
Terdapat tiga topik
penting yang telah saya pelajari dalam tajuk ini.Antaranya ialah hubungan
sekolah dan masyarakat. Sekolah adalah satu sistem sosial
yang menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran.Sekolah juga
berfungsi menyampaikan ilmu pengetahuan, memupuk nilai yang penting
,mengekalkan peraturan masyarakat serta menggalakkan pemikiran yang kritis.Masyarakat
yang mementingkan ilmu pengetahuan dan kemahiran akan menyebabkan sekolah
menyediakan ilmu pendidikan yang tinggi tarafnya.Selain itu,keadaan
sosioekonomi masyarakat juga mempengaruhi taraf pendidikan yang disediakan di
sekolah.
Selain itu,topik penting
yang telah saya pelajari dalam tajuk ini ialah hubungan sekolah dengan ibu bapa.Antara
kerjasama yang dapat dilihat adalah Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG).Ia telah
diwujudkan di tiap-tiap sekolah di Malaysia.PIBG ini dianggotai oleh oleh
guru-guru, ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak di sekolah berkenaan.Pada
kebiasaannya sekolah mengutip yuran daripada pihak penjaga sebagai sumber
menggerakkan persatuan. Mesyuarat Agung PIBG diadakan sekali setahun untuk
memilih ahli-ahli jawatankuasanya.Antara tujuan penubuhan PIBG ialah untuk
membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan
kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka dan untuk memberi peluang kepada
ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara
memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka.
Akhir sekali,topik penting
yang telah saya pelajari ialah hubungan sekolah dan guru.Guru merupakan ibu
bapa kedua kepada murid apabila mereka di sekolah.Di sekolah,guru tidak hanya
mengajarkan matapelajaran sahaja malah juga memberikan motivasi kepada murid
mereka.Selain itu,guru juga melaksanakan tugas perkeranian seperti menulis
surat perkeranian dan merekod kehadiran murid.Selain daripada itu,guru juga ditugaskan
untuk menghadiri kursus atau seminar untuk menambahkan ilmu pengetahuan agar
dapat membantu murid dalam pembelajaran.
Kesimpulannya,hubungan
sekolah antara guru,ibu bapa dan masyarakat merupakan satu perkara yang penting
bagi melahirkan persekitaran yang baik.Hubungan ini juga dapat memberikan manfaat
kepada sekolah itu sendiri.Oleh itu,sikap kerjasama yang baik amat diperlukan
dalam hubungan ini bagi memastikan tahap pendidikan di negara kita semakin
meningkat.
RUJUKAN:
-
https://www.academia.edu/3684724/Artikel_sekolah_kolaboratif
-
https://pibgskcheng.weebly.com/tujuan-pibg-di-tubuhkan.html
BAB 14: PENGURUSAN ALAM
PEMBELAJARAN
Pengajaran merupakan
suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan,
penilaian, dan memberikan maklum balas.Menurut Haji Samsudin bin Md Noor,
pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari
semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan.Manakala menurut Lee Shok Mee (1993),alam
pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat
belajar murid dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kearah positif dan
daripada tidak tahu kepada tahu.
Selain itu,topik penting
yang telah saya pelajari dalam tajuk ini ialah konsep pengajaran. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan
pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan
baik. Faktor terpenting dalam pengajaran ialah guru perlu menilai
keperluan–keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi
strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Manakala bagi Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran
sebagai satu sains iaitu sistem aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada
murid-murid dengan bertujuan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka.Secara
ringkasnya kita dapat lihat bahawa pengajaran dapat membimbing ,membantu dan
menyuburkan murid dalam pembelajaran.
Antara topik penting yang telah saya pelajari ialah
persediaan guru sebelum mengajar. Persediaan yang rapi sebelum memulakan kerja
bagi sebarang tugas amat dititikberatkan bagi memastikan setiap produktiviti
atau hasil yang diperolehi adalah berkualiti dan dapat menepati objektif dan
sasaran yang telah ditetapkan. Sebagai langkah bagi memastikan perjalanan
proses pengajaran yang lancar, guru harus bersedia dan mempersiapkan diri
sebelum memulakan tugas mengajar.Antara contoh persediaan sebelum mengajar
ialah menyediakan bahan pengajaran yang teratur,menyediakan alat bantu mengajar
dan membuat persediaan kemahiran untuk mengajar.Hal ini dapat melancarkan
proses PdP dan memastikan tujuan pemebelajaran tercapai.
Akhir sekali,topik penting yang telah saya
pelajari ialah kajian tindakan.Guru hendaklah melakukan persedian untuk
meningkatkan prestasi mereka dengan melakukan perubahan dan penyesuaian teknik
pengajaran.Hal ini dapat dilihat apabila guru melakukan kajian tindakan terhadap
proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian tindakan
yang dilakukan bukanlah bertujuan membuat generalisasi melainkan menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh guru-guru berkaitan (Lomax & Zoe, 1995).Antara
tujuan kajian tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan
dalam bidang tugasnya iaitu menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan
harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam
kerja mereka.
Kesimpulannya,pengurusan
alam pembelajaran ini amat penting bagi memudahkan murid untuk memahami apa
yang akan mereka pelajari.Guru hendaklah memahami konsep pengajaran dengan
teliti agar dapat membantu menambahkan minat murid dalam pembelajaran.Guru juga
hendaklah melakukan persediaan sebelum mengajar dengan baik bagi melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran.
RUJUKAN:
-
http://pomizi-research.blogspot.com/p/tujuan.html
-
http://pedagogi-pendidikan.blogspot.com/2013/06/persediaan-mengajar.html
Comments
Post a Comment